kawan ouh kawan ♥

♥ kawan baik VS kawan biasa ♥


atototo comeyy jep patrick nak pegang tgn spongebob !
dorg ni kawan baik dlm cite spongebob uhh..

btw hai kawan kawan..hee apa khabar semua..hope sihat jep okey..
hari ni nak update entry pasal KAWAN BAIK @ BEST FRIENDS @ BFF..
awak semua mesti ada kawan baik kan..best tak? saya tak ada pun ! 
serious TAK ada..walaupun ramai kawan tapi
banyak faktor yg menyebabkan saya keliru nak anggap seseorang itu KAWAN BAIK

Apa perbezaan KAWAN BAIK dan KAWAN biasa? 

bagi saya KAWAN BAIK adalah teman sehidup semati..sanggup bersusah payah dan menempuh segala onak dan duri dalam hidup ini..KAWAN BAIK seorang yang sangat memahami, tidak hanya muncul di saat kawannya gembira...tetapi tetap ada di sisi walau apa yang terjadi pada kawannya..KAWAN BAIK juga bagi saya seorang yang akan memberi pendapat dan pandangan yang terbaik untuk kawannya dan tidak sanggup melihat kawannya sedih..KAWAN BAIK tak akan memburukkan @ mengutuk kawannya sendiri..bagi saya nilai seorang KAWAN BAIK susah untuk dicari..KAWAN BAIK umpama 1000 orang kawan. 

KAWAN pula adalah seorang yang akan datang dan pergi dalam hidup seseorang..bila kita gembira atau ketawa kegembiraan..KAWAN akan muncul disisi untuk sama-sama meraikan kegembiraan kita..tapi bila kita sedih dan terluka..KAWAN datang bertanya khabar sahaja lepas tu berlari meninggalkan kita keseorangan..

perbezaan yg saya dapat dari internet
sumber : GOOGLE

Kawan : Semua orang yang hidup dalam lingkungan hidup kita bersama, yang memang kita kenali...contohnya dalam kelas, dalam kuliah, dalam pejabat atau dikenali secara tidak sengaja melalui pelbagai cara, seperti SMS, telefon, internet (facebook, myspace, twitter, dll ), hangout dan sebagainya..

Member : Lebih kepada kawan yang satu kepala atau rapat atau mudah berdampingan dengan kita dengan kita. Mereka tidak semestinya sanggup susah dan senang bersama kita...ada yang boleh memimpin kita ke arah kebaikan dan mungkin ada yang boleh mempengaruhi kita kepada sesuatu yang negatif..dalam banyak keadaan, member merupakan kawan untuk bersosial..

Sahabat : Orang tertentu dalam kalangan kawan kita yang telah kita anggap sebagai kawan baik, yang tahu atau memahami sebahagian daripada diri kita (biasanya tempoh masa berkawan sudah lama dan saling mengenali hati budi walaupun tidak kesemua aspek)... Sahabat biasanya juga dianggap kawan yang baik yang boleh membimbing kita ke arah kebaikan.

Jadi apa yang penting bila kita berkawan atau bersahabat kita perlu ikhlas dan jujur dalam perhubungan..jangan hanya mengharap kawan atau sahabat sahaja yang jujur dan ikhlas tapi kita pun kena lah ikhlas dan jangan ada simpan cemburu pada kawan atau sahabat kita. setiap orang punya kelebihan dan kekurangan.. ^^

sayangi sahabat, member dan kawan kita 

- teringin nak ada kawan baik tapi takut ditikam belakang -


_